Monday, May 18, 2009

Ada apa pada hari ini...

First sekali aku rasa bertapa malasnya aku...malas untuk memulakan apa yg aku inginkan..kata org kalau malas kita takkan ke mana...malas nak mulakan bila dah mula momentumnya boleh membantu untuk terus tidak malas...harap-harap mcm tu la...

Sejak aku mula berkerja semula last January, satu keadaan yang mulai menjadi budaya baru dalam family aku...me n my wife alternately or at the same time have to go out for couples day of outstation. Skrg ni pun my wife kat JB, she will be back tonight and tengahari ni aku plak kene ke Summit USJ till next Wednesday. Nasib baik dekat je...and nasib baik adik ipar aku dah abis belajar dan boleh tolong tengok-tengokkan my little pumpkins Aixarra. This weekend we are going to our hometown for holiday till next week. Dah lama tak bercuti...since aku masuk keje balik kitaorg belum pernah balik bercuti..agak busy dengan kerja..Kerja bukan apa sgt pun tapi the problem is 'need to be there'....

MOE sinonim benar dengan Summit USJ...this is my second time..first time was on last February..Mesyuarat Pemilihan Pelajar ke Sekolah Teknik and hari ni Mesyuarat Teknikal Pengambilan ke Sekolah Berasrama Penuh untuk next intake. Seronok sebenarnya dapat berkerja belakang tabir mcm ni then involved dengan sesuatu yang menjadi perhatian public.

Saturday, March 7, 2009

I'm back...

Selamat kembali kepada aku...

Aku kembali setelah terlalu lama menghilang dari halaman sendiri..
Terlalu banyak perkara dan peristiwa berlaku sepanjang aku tidak berkunjung ke sini, peristiwa peribadi mahu pun peristiwa nun jauh di luar sana...kalu nak tulis balik maknanya takde benda lain yang dapat aku tulis kat sini.

Cuma sebagai permulaan rasanya perlu untuk aku senarikan beberapa perkara penting agar mereka yang pernah tahu tentang aku terjawab persoalan yang mungkin bermain difikiran mereka;

1. Aku sudah menghabiskan pengajian aku di UKM bulan Disember 2008 yang lepas dengan jayanya. Setelah hampir 13 tahun akan mencari perhentian yang ini akhirnya aku sampai juga.

2. Aku sudah kembali bertugas tp tidak lagi di Ibu Pej JKR, skrg di Bhgn. Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dah 3 bulan aku kat sini.

3. Wife dan anak aku dah balik dr UK sejak Syawal yang lepas so now our life is back to normal.

That all...wait for my next post...