Saturday, March 7, 2009

I'm back...

Selamat kembali kepada aku...

Aku kembali setelah terlalu lama menghilang dari halaman sendiri..
Terlalu banyak perkara dan peristiwa berlaku sepanjang aku tidak berkunjung ke sini, peristiwa peribadi mahu pun peristiwa nun jauh di luar sana...kalu nak tulis balik maknanya takde benda lain yang dapat aku tulis kat sini.

Cuma sebagai permulaan rasanya perlu untuk aku senarikan beberapa perkara penting agar mereka yang pernah tahu tentang aku terjawab persoalan yang mungkin bermain difikiran mereka;

1. Aku sudah menghabiskan pengajian aku di UKM bulan Disember 2008 yang lepas dengan jayanya. Setelah hampir 13 tahun akan mencari perhentian yang ini akhirnya aku sampai juga.

2. Aku sudah kembali bertugas tp tidak lagi di Ibu Pej JKR, skrg di Bhgn. Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dah 3 bulan aku kat sini.

3. Wife dan anak aku dah balik dr UK sejak Syawal yang lepas so now our life is back to normal.

That all...wait for my next post...