Saturday, June 14, 2008

Driving to London Day 2....

Malam tadi kat Coventry..sejuk semcm je..nasib baik aizara ok je...tuan rumah ni kawan Anum...keje sama ngan dia di Universiti Teknikal Malaysia Melaka, so sempatla jugak aku bertanyakan kenal tak En. Md. Noah Jamal..for sure diaorg kenal skrg jadi Timbalan Dekan Akademik Fakulti Kej. Elekterik dgn title Prof. Madya...aku tanya gak van Delica dia ada lagi ke tak?..diaorg tatau...tp mesti skrg nak naik V6...En Noah ni Felo Kolej masa aku belajar di UTM Kuala Lumpur tahun 1999 dulu.

Our plan today, driving to London...macam-macam gak aku dgr...London ni boleh tahan jam..pastu nak masuk ke tgh2 kota London tu kene bayar 8 pound...parking mahal plak tu...dahla takde Tom-Tom..peta pun takde yang ada direction statement yang aku ambil mcm mana nak gi Emirate Stadium and Stamford Bridge Stadium..actually aku berbelah bagi nak proceed ke tak...tp sekali fikir inilah peluang yang ada..so we all hit the road to London from Coventry about 9.30am. Nak sampai London tak susah coz semua ikut Highway je...dalam kul 12pm sampai di London, so aku pun ikutla direction nak ke Emirate Stadium...makin lama rasa makin tak yakin jalan ni betul ke tak..pastu makin lama makin dekat dengan area kene bayar 8 pound. Last sekali kitaorg patah balik keluar skit dr London, ikut direction Stadium Wembley. Nasib baik Wembley terletak di luar dari London...so sempatla bergambar kat Wembley Stadium.

Wembley Stadium

Pastu pusing-pusing area situ, plan kitaorg nak parking kereta and naik Underground. Tapi masalahnya parking hanya dibenarkan up to two hours je. Inilah caranya British Government mengawal aliran traffic di Kota London. Nak masuk tgh pekan kene bayar 8 pound, nak parking juz for two hours so takde pilihan bagi Londoners selain dr park kereta kat rumah naik bas ke stesen Underground. Mmg masa aku drive even jalan kecil tapi tak jam teruk macam kat KL.Bas pulak banyak...

Masa duk pusing-pusing tu aku mmg takde mood dah nak masuk London. Ikut hati nak drive balik ke Leeds and singgah mana-mana tempat menarik on the way back. Duk fikir nak naik
Underground ngan aizara lagi..pastu cuaca amatlah cerah dan panas hari tu. Lama gak duk fikir apa yang nak buat skrg ni. Wife aku ckp, since kita dah drive kita pergi je la..kene bayar 8 pound oun kita bayar je la, bukan selalu nak dtg mcm ni. Aku pun fikir mcm tu...this would be my last time in UK...entah bila rezeki akan datang lagi lepas ni.

Then we decide to ramp onto the heart of London. So aku pun ikutla signboard Center London, drive punya drive entah ke mana aku pergi aku tatau...ikut je jalan tu...makin lama makin dekat ngan area yang kene bayar tu...bila dah dekat aku pusing ikut jalan yang tak kene bayar...dalam
duk drive tu aku terpandang signboard Highbury...ehhh...ni dah kawasan Arsenal...so aku cubala cari ikut signboard tu...tp at last we going no where...perut plak makin lapar...so sambil-sambil intai2 gak kedai makanan halal...actually tak susah nak cari makanan halal...tp masalahnya nak parking plak problem...last sekali jumpa Subway Halal entah kat area mana entah..tgk sekali mcm kat Jalan Masjid India...cuma sometime tu kene hati-hati la jugak coz kadang-kadang ada kedai yang "halal" tp jual jugak barang-barang yang haram.

Halal Food in Edgware Road London

Lepas makan we decide to going back, takpe nak wat mcm mana...susah nak jumpa..so aku pun drive follow the singboard heading to North(M1). Mungkin sbb baru lepas makan...mata pun makin segar sekali tu aku terpandang signboard Arsenal F.C, kecil ke signboard dia..warna hitam plak tu..follow punya follow, belok kanan dari main road dan akhirnya Emirate Stadium, the Home of the Gunners on our left side.....rupanya kita dah lalu pun main road masa duk sesat tadi tapi tak nampak je signboard Arsenal F.C tu...so first target accomplished....masa dah pukul 5pm so Store dia dah tutup...so bergambar je la and pusing-pusing keliling stadium...wife aku jumpa pulak
dengan Malaysian yang sama-sama duk jalan-jalan kat situ...staff JKR pulak tu...tp masa tu aku dah ke depan so dia je la yang sembang2...




Me, Mywife & Aizara at Emirate Stadium....

Lepas tawarf 1 pusingan Emirate Stadium...we all resume our journey...and might be driving out from London heading to Leeds...tgh2 duk drive wife aku ckp...tadi org Malaysia yang dia jumpa tu ckp kalu nak gi Stamford Bridge..atas lagi dr Wembley...aku duk tgk peta semlm pun mmg atas lagi dr Wembley...sampai kat simpang nak keluar dr London or heading to Wembley..senyap2 aku heading straight to Wembley...aku pk...masa masih ada...even dah kul 6ptg..kul 9.30mlm baru gelap..so masih terang apa salahnya mencuba dahulu....dgn berpandukan kepada nombor jalan yang aku tatau betul ke tak...telah membawa kita org semua heading back to Central London tru different direction..i think South..hehehhe...jumpalaa bangunan MAS London...ambil simpang ke kanan dr arah berdepan ngan bangunan MAS..then drive terus dan terus...entah mana-mana entah..aku pun tatau...dah masuk area residential...drive je la...sampaila di satu simpang untuk masuk ke Fulham Road..berdasarkan peta..Stamford Bridge area2 sinila...tp kenapa plak kat Fulham Road...aku tak yakin...tp bila ke kanan..ada ternampak beberapa kedai menamakan kedai mereka dengan nama Chelsea..kawasan Chelsea dah ni...terus dan terus dan terus dan akhirnya Stamford Bridge the Home of the Blues on our right side.....done....mission completely accomplished....

No comments: